
Dermaga Timur, Pelabuhan Kemaman bakal menyaksikan peningkatan kapasitas pengendalian kargo tahunan daripada 4 juta kepada 12 juta metrik tan melalui pemasangan kren secara berperingkat.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, peningkatan itu sejajar dengan permintaan terhadap perkhidmatan pelabuhan.
“Beta berharap dengan pembinaan dermaga yang lebih luas, kelengkapan yang dipertingkat serta sambungan rel yang lebih stratejik, pelabuhan Kemaman akan dapat menampung pertumbuhan kargo pada masa hadapan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan daya saing industri maritim negara,” titah baginda.
Sultan Mizan bertitah demikian ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelima Belas, di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Titah baginda, kadar penggunaan Dermaga Timur dijangka melebihi 65 peratus menjelang 2027, sekali gus memerlukan pembesaran dermaga bagi mengelakkan kesesakan dan kelewatan kapal.
“Bagi menyokong pembesaran ini, Malaysia Rail Link (MRL) akan membina Rel Jajaran Sisihan Kemaman sepanjang 12.5 kilometer dari Chukai ke Pelabuhan Kemaman yang menghubungkannya dengan rangkaian rel kebangsaan. Ini akan meningkatkan kecekapan sistem logistik serta pengangkutan kargo melalui integrasi darat dan laut yang lebih baik.
Sumber dan berita selengkapnya:
https://harakahdaily.net/index.php/2025/04/14/pelabuhan-kemaman-sasar-kendali-12-juta-tan-kargo/
Salam,
Divisi Informasi
You must be logged in to post a comment.